http://www.intangarden.com/malay/

Khamis, 6 Mac 2014

Hiasan Mini Ruangan Tepi Terhad

Hiasan Mini Ruangan Tepi

Ruangan tepi yang terhad? tak mengapa, sebenarnya ruangan yang kecil lebih mudah untuk hiasan yang dekoratif, lebih2 lagi sekarang terdapat banyak produk2 hiasan dan aksesori tambahan yang bersaiz mini di pasaran yang boleh didapati di mana2 premis tempatan.

Tak perlulah anda memikirkan untuk mencari hiasan-hiasan yang besar seperti Pondok atau pergola dsb untuk memenuhi ruang kerana pasti ia tidak akan muat...

Anda hanya perlu penuhi ruangan tepi rumah anda dengan kolaborasi hiasan bunga dedaun, pasu lorek, deck kayu dan juga batu dinding GeoStone. Ianya memerlukan sedikit sentuhan kreativiti anda untuk menghasilkan hiasan yang ringkas dengan kos yang agak murah dan berpatutan, malah ia juga boleh berkonsepkan DIY.

Sentuhan yang tepat boleh memberikan hasil hiasan yang sempurna dan pandangan visual yang mendamaikan jiwa... terutama di waktu pagi. 



Hiasan di dalam gambar di atas adalah contoh yang baik, gambar ini merupakan sebahagian daripada projek Intan Garden di Sabak Bernam, rumah seorang pengusaha Klinik tempatan (Doktor).

Anda boleh kliks disini untuk melihat keseluruhan taman mini milik doktor ini.

Wassalam,
Admin

INFO Sampingan, Cara bayar cukai melalui sistem e-Filing

Cara bayar cukai melalui sistem e-Filing

Sudahkah anda membuat taksiran dan pembayaran cukai?
Setiap tahun, bulan april merupakan bulan yang sibuk dengan proses penaksiran dan pembayaran cukai tahunan yang boleh di buat secara manual mahupun e-Filing. Cukai akan di kenakan untuk semua lapisan masyarakat yang 'layak' termasuklah bagi mereka yang kerja makan gaji ataupun yang mempunyai perniagaan sendiri.
Perlepasan/ pemotongan akan dibuat bagi mereka yang menggunakan duit mere untuk menanggung keluarga, berzakat, beli buku, komputer, kesihatan, rumah pertama dll lagi, sila rujuk maklumat pada borang untuk keterangan lebih lanjut.
Bagi mereka yang liat untuk  pergi ke pejabat LHDN tu, anda boleh la guna kemudahan e-Filing secara online, penaksiran boleh dibuat dari rumah mahupun pejabat. Nak tahu caranya...?
- Masuk ke Website HASIL ni untuk daftar sebagai pembayar cukai individu,
- Pilih ‘Login Kali Pertama’ menggunakan no PIN* 
- Login e-borang, pilih boring dan maklimat
- Tandatangan secara digital dan klik ‘Hantar’
- Isi semua data yang diperlukan dan scan kad pengenalan  
Permohonan No. PIN e-Filing

Permohonan nombor PIN individu melalui emel perlu dibuat dengan mengisi 

Borang Maklumbalas Pelanggan. Sila lampirkan dokumen pengenalan semasa 
mengisi Borang Maklumbalas Pelanggan. Sila klik di sini untuk ke Borang 
Maklumbalas Pelanggan.

Permohonan nombor PIN OeF syarikat perlu menggunakan borang CP55B.
Sila pastikan anda tidak mengaktifkan "Pop-up Blocker" 
Klik di sini untuk panduan

Tarikh tutup adalah seperti berikut;


Sekian, Selamat membayar cukai dan Zakat... :) dan Salam dari Admin 
Post : Cara bayar cukai melalui sistem e-Filing 

Rabu, 5 Mac 2014

Creative Wood Bench

Creative Wood Bench

Salam & Hi...
If you have a bunch of old and half rotten woods, just do not waste them or throw them away, you may save them, recycle them or even transform them into a nice and unique woods furniture. How?
Jika anda mempunyai banyak stok kayu bundle/ lama yang separuh reput, jangan membazir atau melupuskannya. Anda mungkin boleh menfaatkan kayu tersebut dengan mengitar semula bahan tadi kepada perabot luaran yang unik. Caranya...?



Just get them cleaned, free them from debris and dirt, varnished them with desired timber coated tone color, apply basic design on it (eg. bench, walkway steps and etc) and there you are...

Bersihkan kayu tersebut dari sebarang kotoran dan habuk, cat permukaan kayu tadi dengan timber tone dalam pelbagai warna yang ditawarkan, fikirkan design yang mudah dan boleh anda lakukan sendiri yang hanya memerlukan peralatan dan perkakasan asas seperti gergaji, tukul, pahat dan penebuk, sebagai contoh.... bangku, pemijak kaki dan lain2 lagi.

Berikut adalah beberapa contoh hasil kerja mudah dari Intan Garden untuk tatapan dan pembakar semangat kepada anda. Kami kitar semula kayu lapik landasan keretapi yang kami beli secara pukal dari pembekal berhampiran. Kalau anda nak tiru design kami yang tak seberapa ni pun boleh, silakan.


Above are couple samples of Intan Garden creative outdoor tables and benches, fully designed and manufactured Intan Garden. Made from old rotten train rail sleepers (cengal and balau hardwoods) you can matched this bench with gazebo or pergola as suitably required.

Anda boleh sesuaikan perabot yang telah siap tadi dengan hiasan yang lain termasuk gazebo, pondok, wakaf, pergola dan lain2 lagi mengikut kesesuaian dan minat anda... selamat mencuba ya...

Have a nice DIY ya... :)

Intan Garden 
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)

019 9615213 Technical Support (teknikal) 

Creative Wood Bench