1. Jika anda tahu nombor contact kami, anda boleh terus membuat panggilan & SMS (019-5555213, 019-9615213) ataupun anda boleh menggunakan Khidmat Whatsapp & Telegram (019-2695213)
2. Anda juga boleh menghubungi kami mengunakan email ke alamat intangarden@gmail.com.
3. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah kami, produk kami dan projek2 kami yang terdahulu, anda boleh browse blog kami di intangarden.blogspot.com. Blog ini mungkin dapat membantu anda dengan sajian contoh2 dari produk dan projek kami yang lepas.
1. Untuk produk yang customize (design sedia ada), anda hanya perlu memberi maklumat mengenai kehendak anda (saiz, warna, bentuk dll) atau anda juga juga boleh menyediakan photo2 tambahan untuk rujukan kami. Contoh produk : Gazebo, Pondok, Pergola, Buaian, Lampu, Meja, Bangku DLL.
2. Untuk produk atau projek yang memerlukan ‘rekaan/design’ yang baru, pada kebiasaannya kami akan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan butiran lanjut, ukuran dan perbincangan idea dengan anda.
1. Kami akan menyediakan sebut harga supaya anda boleh menilai dan membuat keputusan yang tepat.
2. Untuk produk dan projek yang memerlukan ‘rekaan/ design’ baru, kami akan menyediakan sebut harga beserta dengan pelan untuk membantu anda menilai rekaan tersebut dan memberi maklum balas jika ada pembetulan mahupun penambahan yang hendak dibuat.
Contoh Design Porch untuk Projek di Teluk Intan
1. Jika anda bersetuju dengan proposal kami, kami biasanya akan mengambl deposit sebanyak 30% dari jumlah harga untuk memulakan kerja. Baki bayaran hanya kank kami tuntut selepas pemasanan siap 100% di lokasi yang anda mahukan.
1. Pembuatan : Setelah capai kata setuju, Kami akan mulakan projek pembuatan/fabrikasi di bengkel kami mengikut turutan berikut;
i. Menempah kayu tambahan jika stok kayu kami tidak mencukupi seperti yang diperlukan oleh rekaan yang dipersetujui (final design)
ii. Menjemur (balau dan cengal terutamanya) ditempat kering tapi redup bagi mengelakkan kayu terkiat, bengkok DLL. Mengambil masa 3 minggu hingga 3 bulan, bergantung kepada cuaca, jenis kayu dan saiz kayu yang telah dibelah.
iii. Memulakan kerja2 fabrikasi iaitu Memotong, Merawat (terutama kayu terpakai), Pra-pemasangan (pre-assemble) dan Mengecat (glossy/ timber tone).
2. Penghantaran : Produk/ projek yang telah disiapkan di bengkel akan di hantar ke lokasi tapak;
i. Jika terlalu besar, produk akan dibuka kembali (dismantle) supaya senang diuruskan dan ‘fit for transport’
ii. Packing akan dibuat secara teliti bagi mengelakkan produk tercalar/ cedera semasa penghantaran ke lokasi tapak pemasangan (installation).
turutan berikut;
i. Mengemaskini dan memastikan tapak cukup kuat untuk pemasangan. Kerja ini kadang2 melibatkan (jika perlu shj) memasang cerucuk, buat footing, beam, melantai DLL.
ii. Memasang (erection) struktur asas i.e. tiang, beam, kekuda, alang2, gegulung dsb bergantung kepada projek.
iii. Memasang (install) ukiran dan aksesori mengikut design yang telah dipersetujui.
iv. Mengemaskini (touch-up) cat pada kesan2 tercedera dan calar.
Hasil daripada Design di atas |
Intan Garden
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)
019 9615213 Technical Support
Tiada ulasan:
Catat Ulasan