http://www.intangarden.com/malay/

Penubuhan Intan Garden

INTAN GARDEN 

Salam perkenalan, saya Rosmadi & Norhayati ingin mengalu-alukan anda untuk melayari blog kami supaya ilmu yang kami kongsi dapat memberi manfaat kepada semua pihak. 


CONTACT

Hubungi kami untuk khidmat rundingan percuma (free consultation) di dalam memilih Tema Laman (Garden Theme and Concept) melalui:

email        : intangarden@gmail.com
whatsapp : 019-2695213
blog          : intangarden.blogspot.com
facebook  : www.facebook.com/my.intangarden

Rosmadi 019-9615213   : Rundingan & Bantuan Teknikal 
Norhayati 019-5555213 : Pesanan dan Bantuan dekorasi

SEJARAH PENUBUHAN

Berikut adalah serba sedikit info mengenai sejarah penubuhan INTAN GARDEN.

Tahun 1999, Intan Garden ditubuhkan di Hutan Melintang, Perak. Kami mulakan kerjaya kami dengan membekal dan menjual secara retail barang2 landscape termasuk pasu bunga, bunga-bungaan, pokok hiasan hijau, pokok herba, benih2 dan pokok buah-buahan dan aksesori untuk membuat landskap.
  
Tahun 2001, Intan Garden mengorak langkah setapak lagi dengan menyediakan jualan pasu-pasu bunga secara pukal (whole sale) setelah menandatangani perjanjian dengan sebuah kilang pasu untuk kami menyumbangkan idea dan rekabentuk pasu terkini juga design lorekan pasu kepada pihak kilang. Dari sini, kami berpeluang mendapatkan pasu hasil rekabentuk kami sendiri dan juga harga yang lebih berpatutan sehingga kami mampu 'supply' pasu kami ke hampir 20 buah nurseri kecil-kecilan sekitar Teluk Intan hingga ke Kuala Selangor. kami juga berjinak-jinak dengan servis 'reka dan buat' landskap berdasarkan tema yang dikehendaki.

Tahun 2004,  kami mula mambina bengkel kayu kami sendiri dan kami membuat sendiri perabot kayu yang digunakan di dalam hiasan landskap (hardscape) termasuk pergola, kolam koi mini, gazebo/ wakaf/ pondok, buaian, bangku, pangkin, pasu kayu dan perbagai lagi produk kami reka dan buat mengikut konsep 'draw and do'. 


Tahun 2007, Kami meluaskan lagi pasaran perniagaan kami ke seluruh semenanjung dengan lahirnya intangarden.blogspot.com. Di sini kami mula menerima tempahan dari luar Sabak Bernam.

Sekarang kami berpusat di Sabak Bernam InsyaAllah, kami membuat perancangan untuk membuka pejabat operasi yang juga pusat jualan (Show Room) di Sabak Bernam untuk memberi kemudahan pelanggan di dalam memilih produk kami. 

Wallahualam,
INTAN GARDEN

---------------------------------------------------------------------------


MUDAHnya Berurusan Di Intan Garden

Jika anda ingin memiliki sebuah Porch Kayu di hadapan rumah anda, dan anda ingin Intan Garden memberi Idea dan sebut harga, disini kami memberi sedikit tips turutan dan langkah2 yang patut diambil oleh kedua-dua pihak sehingga Projek anda siap sepenuhnya.

 Langkah Pertama : Anda Hubungi Kami

1.    Jika anda tahu nombor contact kami, anda boleh terus membuat panggilan & SMS (019-5555213, 019-9615213) ataupun anda boleh menggunakan Khidmat Whatsapp & Telegram (019-2695213)

2.    Anda juga boleh menghubungi kami mengunakan email ke alamat intangarden@gmail.com.

3.    Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah kami, produk kami dan projek2 kami yang terdahulu, anda boleh browse blog kami di intangarden.blogspot.com. Blog ini mungkin dapat membantu anda dengan sajian contoh2 dari produk dan projek kami yang lepas.

 Langkah Kedua : Kami pula hubungi Anda

1.    Untuk produk yang customize (design sedia ada), anda hanya perlu memberi maklumat mengenai kehendak anda (saiz, warna, bentuk dll) atau anda juga juga boleh menyediakan photo2 tambahan untuk rujukan kami. Contoh produk : GazeboPondokPergolaBuaianLampuMejaBangku DLL.

2.    Untuk produk atau projek yang memerlukan ‘rekaan/design’ yang baru, pada kebiasaannya kami akan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan butiran lanjut, ukuran dan perbincangan idea dengan anda.

 Langkah Ketiga : Rekaan dan Sebut Harga

1.    Kami akan menyediakan sebut harga supaya anda boleh menilai dan membuat keputusan yang tepat.

2.    Untuk produk dan projek yang memerlukan ‘rekaan/ design’ baru, kami akan menyediakan sebut harga beserta dengan pelan untuk membantu anda menilai rekaan tersebut dan memberi maklum balas jika ada pembetulan mahupun penambahan yang hendak dibuat.

 Contoh Design Porch untuk Projek di Teluk Intan
 Langkah Keempat : Persetujuan
1.    Jika anda bersetuju dengan proposal kami, kami biasanya akan mengambl deposit sebanyak 30% dari jumlah harga untuk memulakan kerja. Baki bayaran hanya kank kami tuntut selepas pemasanan siap 100% di lokasi yang anda mahukan.

 Langkah Kelima : Pembuatan, Penghantaran, Pemasangan

1.    Pembuatan : Setelah capai kata setuju, Kami akan mulakan projek pembuatan/fabrikasi di bengkel kami mengikut turutan berikut;

i.                Menempah kayu tambahan jika stok kayu kami tidak mencukupi seperti yang diperlukan oleh rekaan yang dipersetujui (final design)

ii.               Menjemur (balau dan cengal terutamanya) ditempat kering tapi redup bagi mengelakkan kayu terkiat, bengkok DLL. Mengambil masa 3 minggu hingga 3 bulan, bergantung kepada cuaca, jenis kayu dan saiz kayu yang telah dibelah.

iii.             Memulakan kerja2 fabrikasi iaitu Memotong, Merawat (terutama kayu terpakai), Pra-pemasangan (pre-assemble) dan Mengecat (glossy/ timber tone).

2.    Penghantaran : Produk/ projek yang telah disiapkan di bengkel akan di hantar ke lokasi tapak;

i.                 Jika terlalu besar, produk akan dibuka kembali (dismantle) supaya senang diuruskan dan ‘fit for transport’

ii.               Packing akan dibuat secara teliti bagi mengelakkan produk tercalar/ cedera semasa penghantaran ke lokasi tapak pemasangan (installation).

    3.    Pemasangan : Pemasangan akan dilakukan mengikut 
         turutan berikut;

i.                Mengemaskini dan memastikan tapak cukup kuat untuk pemasangan. Kerja ini kadang2 melibatkan (jika perlu shj) memasang cerucuk, buat footing, beam, melantai DLL.

ii.               Memasang (erection) struktur asas i.e. tiang, beam, kekuda, alang2, gegulung dsb bergantung kepada projek.

iii.             Memasang (install) ukiran dan aksesori mengikut design yang telah dipersetujui.

iv.             Mengemaskini (touch-up) cat pada kesan2 tercedera dan calar.


Hasil daripada Design di atas

Semoga tulisan di atas memberi anda idea mengenai cara untuk memiliki produk/ projek kayu dari Intan Garden dengan lebih terancang.

Tiada ulasan: