http://www.intangarden.com/malay/

APA ITU BLOG

APA ITU BLOG

Blog adalah merupakan 'Notebook' atau Diary secara online. Apa yang anda selalu tulis dalam diari notebook biasanya mengenai barangan tertentu yang anda suka mahupun perkara-perkara yang anda rasa penting untuk dirakamkan dan dikongsi dengan rakan-rakan dan keluarga. Anda menulis mana-mana topik yang anda suka seperti contoh penulisan mengenai hobi anda, aktiviti, puisi, lagu, tutorial, haiwan peliharaan, rumah dan keluarga, pemikiran peribadi dan lain-lain.Kadang-kadang anda boleh gunakan blog sebagai platform untuk mempromosikan bisnes anda dan juga jualan secara online melalui pasaran di dunia tanpa sempadan.

Orang akan membaca Notebook/Diary anda pada setiap hari dan akan meninggalkan anda komen, cadangan atau maklum balas.

Jika anda menulis tentang pengalaman peribadi dalam buku nota yang terdiri daripada kertas, maka tulisan-tulisan anda akan hanya terhad kepada orang di sekeliling anda. Tetapi dengan diari dalam talian seperti Blog anda bercakap dengan dunia!

Jadi ringkasnya blog adalah laman web peribadi anda di mana anda menulis dan kongsi perkara-perkara yang anda suka dengan berjuta-juta orang di luar sana yang tidak sabar-sabar untuk membaca apa yang sedang masak di fikiran anda!

Back to main topic

Tiada ulasan: