http://www.intangarden.com/malay/
Memaparkan catatan dengan label taman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taman. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mac 2014

Hiasan Mini Ruangan Tepi Terhad

Hiasan Mini Ruangan Tepi

Ruangan tepi yang terhad? tak mengapa, sebenarnya ruangan yang kecil lebih mudah untuk hiasan yang dekoratif, lebih2 lagi sekarang terdapat banyak produk2 hiasan dan aksesori tambahan yang bersaiz mini di pasaran yang boleh didapati di mana2 premis tempatan.

Tak perlulah anda memikirkan untuk mencari hiasan-hiasan yang besar seperti Pondok atau pergola dsb untuk memenuhi ruang kerana pasti ia tidak akan muat...

Anda hanya perlu penuhi ruangan tepi rumah anda dengan kolaborasi hiasan bunga dedaun, pasu lorek, deck kayu dan juga batu dinding GeoStone. Ianya memerlukan sedikit sentuhan kreativiti anda untuk menghasilkan hiasan yang ringkas dengan kos yang agak murah dan berpatutan, malah ia juga boleh berkonsepkan DIY.

Sentuhan yang tepat boleh memberikan hasil hiasan yang sempurna dan pandangan visual yang mendamaikan jiwa... terutama di waktu pagi. 



Hiasan di dalam gambar di atas adalah contoh yang baik, gambar ini merupakan sebahagian daripada projek Intan Garden di Sabak Bernam, rumah seorang pengusaha Klinik tempatan (Doktor).

Anda boleh kliks disini untuk melihat keseluruhan taman mini milik doktor ini.

Wassalam,
Admin