http://www.intangarden.com/malay/

Sabtu, 15 Mac 2014

Ruang Dapur Kayu Cengal

Ruang Dapur Kayu Cengal

Anda ingat lagi tak post kami yang lalu mengenai 'outdoor coffee table'...?, projek di bawah ni merupakan salah satu daripada hasil usaha kerja kami untuk memenuhi hajat tuan rumah yang sama di Taman Aman Perdana.

Ruang dapur ini pada asalnya merupakan pergola yang dibina beratapkan 'polycarbonate' untuk tujuan memberi redupan pada bahagian belakang dapur, namun atas kreativiti tuan rumah, beliau meminta kami beri sedikit 'touch' dan convert ruang ini kepada 'dapur luar' i.e. 'outdoor kitchen'.



Inilah hasilnya...

Jumaat, 14 Mac 2014

lampu kayu (ukuran tebuk)

Projek kali ini merupakan tugasan untuk menyiapkan sejumlah bilangan bekas/rumah lampu yang dibuat oleh kayu cengal emas bermotifkan ukiran bunga lili. Ukiran ini merupakan ukiran sulung yang direka khas eksklusif untuk tuan rumah yang juga merupakan seorang doktor.

Kami hanya mampu membuat penghantaran separuh daripada jumlah order kerana kemampuan yang agak terhad untuk menyiapkan design dan  ukiran lampu yang agak rumit.

Photo : Hiasan lampu kayu disusun di dalam van siap untuk dihantar ke rumah beliae di Golf Resort, Bangi.




Photo : Bentuk lampu dinding (Wall lighting features ) yang banyak bucu-bucu, kami balut dengan wrapp plastic agar

Ahad, 9 Mac 2014

Kolam Mini Pertama (2005)

Projek Kolam Mini Pertama (2005)

Projek kolam mini ini dipasang di rumah seorang guru yang menetap di Taman Semesti, T Intan. Kolam berukuran 3ftx2ft x1ft (tinggi) mampu menampung beberapa ekor ikan kap jepun bersaiz sederhana. Kolam mini ini dipasang pada Nov 2005.

Tab kolam diperbuat daripada fiberglass. Ta cover pula diperbuat daripada kayu buatan yang dipanggil fiber komposit (Fibersit). Sekarang kami tidak lagi menggunakan Fibersit kerana bekalannya yang amat kurang. Semua produk kolam mini Intan Garden masa kini diperbuat daripada 100% kayu cengal.
Kolam mini semakin digemari kerana ‘mobility’nya, senang dicuci dan amat sesuai untuk ruang laman yang terhad. Kolam mini ini juga amat sesuai untuk projek D.I.Y anda kerana designnya sangat mudah dan kaedah membuatnya sangat senang. Cuma pemilihan kayu hendaklah dibuat dengan teliti, jangan pilih kayu yang senang reput kerana kolam mini ini akan sentiasa basah dek percikan air pancuran. Kami syorkan anda gunakan kayu cengal dan Balau sahaja.

Sekian, Wasaslam

Intan Garden 
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)

019 9615213 Technical Support (teknikal) 

Projek Kolam Mini Pertama (2005)