http://www.intangarden.com/malay/

Sabtu, 18 Oktober 2014

INFO : Teh Kayu Leban

Kali ini kami ingin membicarakann sejenis kayu yang popular kerana keunikannya yang agak berbeza.

Jika anda berkunjung ke Temerloh, Pahang jangan lupa singgah ke satu warong minum di Kampung Sanggang yang masih menjerang air menggunakan kayu. Kayu yang dimaksudkan tadi adalah kayu leban...

Pengusaha sedang memasak air untuk Teh Kayu Leban

Di sinilah satu-satunya kedai teh yang masih lagi menggunakan
kayu api “kayu leban" sebagai sumber bahan bakar untuk memasak air teh di atas bara yang membakar panas. Teh yang digunakan pula merupakan teh yang enak iaitu "teh dara".

Owner kepada 'teh leban' yang istimewa ini ialah En Jafaar Kassim yang berusia dalam lingkungan 75 tahun. Menurut Jafaar Kassim, beliau mewarisi perniagaan teh leban daripada arwah bapa mertuanya, Allahyarham Mohd Taib Zayad. Bapa mertuanya merupakan anak jati Kampung Sanggang dan mula berniaga teh leban pada tahun 1948.


Menceritakan mengenai detik awal perniagaannya, Jaafar memberitahu, ketika itu Daerah Temerloh baru dilanda banjir besar pada tahun 1971. Kedai bapa mertuanya turut ditenggelami air dan banyak barang yang rosak. Setelah air surut, beliau telah meneruskan perniagaan bapa mertuanya dengan mengekalkan tradisi penggunaan kayu leban sebagai bahan api untuk memasak air. 


Ketika arwah bapanya memulakan perniagaan ini, harga bagi secawan teh leban hanyalah RM0.25 secawan tetapi kini Jaafar menjual teh leban dengan harga RM1.20 secawan.



Ciri-ciri dari kayu leban ini yang berwarna kuning, memiliki serat yang halus dan mengeluarkan aroma apabila di bakar membuatkan ianya pilihan utama sebagai bahan kayu api. 


Beginilah rupa Kayu Leban

Menurutnya lagi, beliau mendapatkan bekalan dari penduduk setempat dengan harga dalam lingkungan RM100 bagi setiap lori. Bekalan kayu leban agak senang didapati kerana pokok ini banyak tumbuh meliar di kawasan Kampung Sanggang

Yang pasti, kepada pengunjung yang ingin menikmati keenakkan Teh Leban ini, anda boleh la datang ke Kampung Sanggang, Temerloh, Pahang.


Wallahualam,


Intan Garden 
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)

019 9615213 Technical Support 

Tiada ulasan: