Persoalan.
Apabila anda membuat taman, taman akan diwujudkan itu hendaklah mampu merangsang deria semulajadi anda, dalam erti kata lain ia merujuk kepada kecantikan visual, deria bau, deria rasa, deria bunyi dan sentuhan, bagaimana?
Apabila anda membuat taman, taman akan diwujudkan itu hendaklah mampu merangsang deria semulajadi anda, dalam erti kata lain ia merujuk kepada kecantikan visual, deria bau, deria rasa, deria bunyi dan sentuhan, bagaimana?
cuba bayangkan...
"...anda sedang
bersantai di halaman rumah anda, duduk bersandar di atas pankin pergola sambil
menikmati secawan kopi dan lempeng panas (rasa), mengintai pemandangan taman
yang indah dengan rumput yang menghijau dan bunga-bungaan pelbagai warna
(nampak). Bau wangian yang menusuk ke minda datang dari pohon cempaka dan
kenanga yang sangat wangi baunya (bau), desiran air pancuran yang memenuhi
kewarasan minda anda dan Kicauan burung yang singgah di pohonan yang rimbun
(dengar), tangan bermain air dan membelai mesra ikan koi di kolam
(sentuh)..."
Ini bermakna anda telah
berjaya mewujudkan taman deria yang dapat merangsang kesemua deria didalam
menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.a.w.
Taman mini seperti di
dalam gambar di wujudkan atas kehendak seorang pelanggan yang juga merupakan
seorang Pesyarah di UiTM Tronoh. Taman ini terdiri daripada pergola 6'x5',
kolam kecil 3'x3', 2 bidai lattice, pangkin, set air terjun, sedikit tumbuhan
dan basic deco.
Kolam mini ini hanya
sesuai untuk okan koi bersaiz kecil dan sederhana kerana kedalaman yang cetek
sekitar 1 kaki. Flter digunakan untuk mengurangkan pertumbuhan algae hijau.
Kami juga bina syilling lattice untuk menambahkan redupan dan secara langsung mewujudkan suasana yang nyaman dan santai.
Ingat... Taman yang bagus dapat merangsang 5 deria anda.
Wallahualam,
Intan Garden
intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)
019 9615213 Technical
Support
4 ulasan:
http://replymf.googlepages.com/blogdirectory
utk dapatkan tip2 tentang perumahan,pelaburan,financedan byk lagi sila ke web kami tq...
http://replymf.googlepages.com/blogdirectory
utk dapatkan tip2 tentang perumahan,pelaburan,financedan byk lagi sila ke web kami tq...
menarik la kerja2 kayu intan garden, kami memang peminat landskap ala-ala-resort ni..perghh..kami duk di penang bole ke terima tempahan kut2 ada rezeki nanti.
kerja-kerja kayu yg sangat menarik , kami memang peminat landscape ala-ala resort ni , terima ke tempahan org dr penang
Catat Ulasan