http://www.intangarden.com/malay/

Khamis, 31 Mac 2016

Pengumuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru2 ini pihak Intan Garden banyak menerima panggilan gara-gara kami buat iklan penjualan meja hiasan dan beberapa produk 'mini' kami melalui laman web mudah.my

Menurut panggilan yang dibuat, harga yang kami tawarkan
memang munasabah berbanding harga pasaran untuk produk perabot berasasklan kayu, terutama kayu cengal dan balau...

Terima kasih kepada yang memberi response, malangnya stok produk kami yang dijual secara 'lelong' kerana kami sedang migrate ke workshop baru sekitar pekan Sabak Bernam, telah kehabisan.

Jika anda merupakan salah seorang yang berminat untuk membuat tempahan baru, pihak kami minta tempoh beberapa minggu untuk menyiapkan stok yang baru mengikut tempahan.

baru-baru ini pihak kami juga menerima tempahan porch kayu, awning kayu dan juga gazebo kayu bersaiz 6ft x 8ft, jadi tempoh untuk menyiapkan produk 'mini' tadi mungkin memakan masa yang lebih lama, harap anda bersabar.

Projek porch dan gazebo kami baru sahaja bermula dengan pemilihan kayu dari stok tersedia. Namun oleh kerana bengkel kami yang baru masih belum beroperasi (di jangka siap sepenuhnya pada mid Apr 2016.

Bengkel lama telah diubah suai ke perusahan Homestay yang kami namakan Intan Garden Homestay


Gambaran tapak di mana kerja2 pembinaan sedang giat dijalankan

Kepada anda yang berkunjung Sabak Bernam dan merancang untuk menginap di sini, anda boleh buat panggilan ke nombor 019 5555213 seperti yang dipaparkan di bawah.

Tapak jualan sementara kami juga baru sahaja di buka bertempat di Bagan Tunjang, Sabajk Bernam Selangor. Sila rujuk nombor talian seperti di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Wallahualam & Wassalam,

Admin

Intan Garden 
intangarden@gmail.com
www.intangarden.com

019 5555213 Order (tempahan)
019 9615213 Technical Support (teknikal) 

Tiada ulasan: