http://www.intangarden.com/malay/

Khamis, 31 Mac 2016

INFO : Mulakan Blogging bagi Newbies

Blog Intangarden telah wujud semenjak dari Jun 2007 dengan bantuan rakan-rakan dan Mr Google. Dulu kami agak terkial-kial kerana tiada info khusus untuk mempelajari blog. Namun, kerana kami benar2 ingin mempromosi produk kayu kami ke seluruh Malaysia, maka intangarden.blogspot.my wujud dan secara rasminya kami dipanggil bloggers. Akhirnya kami mendapatkan domain sendiri iaitu intangarden.com.

Kami percaya, masih ramai lagi surfer diluar sana yang masih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan blog dan mengapa blog begitu berkembang dengan pesatnya di alam siber pada masa kini. Saya rasa semua orang layak dan
berhak untuk tahu apa yang ada pada Blog dan bagaimana boleh kita bina blog ini dengan mudah. 

Jadi bagi mereka yang hanya mendengar mengenai Blog dari rakan-rakan mereka sahaja, media atau mana-mana sumber lain, di sini kami menyediakan sedikit tutorial walaupun pendek tapi tepat untuk membantu anda mencari jawapan kepada empat soalan penting dalam fikiran kebanyakan orang iaitu;

Apa Itu Blog?

Bagaimana untuk saya bina Blog Sendiri?

Apakah kelebihan blogging?

Nak pilih Blogger atau Wordpress?

Jadi tunggu apa lagi? Mula menulis blog sekarang dan membina kehidupan siber yang baru. 

Lama kelamaan anda boleh berjinak-jinak dengan Ads provider seperti nuffnang dan sebagainya. Anda boleh menjana kewangan secara sampingan sambil blogging, terutama jika anda mendapat status exlusive Gliteratti..

Anda juga boleh menambahkan lagi pengetahuan untuk tingkatkan earning bersama nuffnang.

Selamat mencuba!

Wallahualam...
Admin

intangarden.com

Tiada ulasan: