http://www.intangarden.com/malay/

Ahad, 10 April 2016

Pernahkah Anda Dengar Taman Deria

Taman Deria

Repost...

Apabila anda membuat taman, taman itu hendaklah mampu merangsang deria semulajadi anda, dalam erti kata lain ia merujuk kepada kecantikan visual, deria bau, deria rasa, deria bunyi dan sentuhan.

Bagaimana Caranya?

Begini, cuba bayangkan "...anda sedang bersantai di halaman rumah anda, duduk
bersandar di atas pankin pergola sambil menikmati secawan kopi dan lempeng panas (deria rasa), mengintai pemandangan taman yang indah dengan rumput yang menghijau dan bunga-bungaan pelbagai warna (deria visual). Bau wangian yang menusuk ke minda datang dari pohon cempaka dan kenanga yang sangat wangi baunya (deria bau), desiran air pancuran yang memenuhi kewarasan minda anda dan Kicauan burung yang singgah di pohonan yang rimbun (deria dengar), tangan bermain air dan membelai mesra ikan koi di kolam (deria sentuhan)..."

Jika semua di atas anda dapat nikmati, bermakna anda telah berjaya mewujudkan taman deria yang dapat merangsang kesemua deria didalam menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.a.w.

Taman mini seperti di dalam gambar di wujudkan atas kehendak seorang pelanggan yang juga merupakan seorang Pesyarah di UiTM Tronoh beberapa tahun yang lepas. 

Taman ini terdiri daripada pergola 6'x5', kolam kecil 3'x3', 2 bidai lattice, pangkin, set air terjun, sedikit tumbuhan dan basic deco.

Kolam mini ini hanya sesuai untuk okan koi bersaiz kecil dan sederhana kerana kedalaman yang cetek sekitar 1 kaki. 

Flter mudah alih digunakan bertujuan untuk mengurangkan pertumbuhan algae hijau.

Kami juga memasang syilling lattice (kayu silang) untuk menambahkan lagi redupan dan secara langsung mewujudkan suasana yang lebih sejuk, nyaman dan santai. Ingat...! Taman yang bagus dapat merangsang kesemua deria anda.

Wallahualam,



intangarden@gmail.com
http://intangarden.blogspot.com/
019 5555213 Order (tempahan)
019 2695213 Technical Support (teknikal)

Tiada ulasan: